Penyatuan Umat Islam…Bagaimana?
Apabila membaca komen daripada beberapa pengunjung blog ini, saya tertarik dengan idea agar umat Islam bersatu. Angkara Yahudi ini juga, menurut sesetengah pendapat adalah diakibatkan sifat umat Islam yang enggan bersatu. Sudah puluhan tahun…bahkan sejak negara Malaysia belum merdeka, kekejaman sudah terjadi di Palestin. Itulah Peristiwa Nakbah pada tahun 1948…namun umat Islam Palestin terus berpecah. Mereka diwakili oleh dua kelompok utama - HAMAS dan PLO!
“Kemesraan HAMAS dengan Iran disalah anggap bahawa HAMAS pro-Syiah”
Inilah isu yang menarik untuk dikaji. Benarkah perpecahan itu menyebabkan mereka lemah? Atau ada faktor lain yang menyumbang kepada kelemahan mereka? Perpecahan berlaku pasti bersebab. Dalam solat jamaah misalnya, ‘perpecahan’ atau mufaraqah diharuskan apabila imam yang salah enggan memperbetulkan keadaan.
Jika disorot dalam sejarah awal manusia, al-Quran menyatakan saat Adam a.s dikeluarkan daripada syurga, Allah SWT telah menegaskan: “…Turunlah kamu (ke dunia)! Sebahagian daripada kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain…” (al-Baqarah: 36)
Nah! Adakah mustahil jika umat manusia berpecah kepada dua?
Jika kita meninjau sejarah juga, anak nabi Adam a.s, iaitu Habil dan Qabil juga berpecah. Habil menjadi ikon yang positif berbanding Qabil yang ‘hitam’. Begitulah rentetan sejarah, sehinggalah saat Muhammad bin Abdullah diberikan wahyu, maka Muhammad akhirnya dianggap pemecah-belah kaumnya.
Kata kaum Quraisy: “Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu..” (surah al-Anfaal, 30)
Jika mahu diikutkan, sebelum Muhammad muncul dengan agenda Tauhidnya, maka majoriti Quarisy bersatu dengan agama berhala mereka. Maka, di sini perpecahan terjadi kerana Muhammad mahu menghapuskan sesuatu yang tidak betul.
Kembali kepada Palestina…adakah anda merasakan perpecahan mereka suatu keperluan atau bagaimana?
Label: Bagaimana CaRAnYA..?